KUALA LUMPUR: Tindakan kawal selia diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bukan untuk menyekat kebebasan media.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam jawapan disiarkan menerusi laman web Parlimen hari ini memaklumkan ia bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah ataupun maklumat kurang tepat, ucapan berbaur kebencian serta melindungi integriti raja berperlembagaan dan institusi demokrasi.
"MCMC mempunyai autoriti dan kewajipan untuk mengambil tindakan kawal selia terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan jelik, mengancam dan berunsur fitnah," menurut kementerian itu.
Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berhubung status cadangan penggubalan akta baharu berkaitan 3R (agama, kaum dan institusi raja) dan sekatan yang dikenakan kepada portal berita seperti Utusan TV, MalaysiaNow dan TV Pertiwi.
MCMC turut menasihatkan pengamal media serta saluran berita untuk merujuk kepada Kod Kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
"Dengan mematuhi Kod Kandungan, pengamal media dapat memastikan pelaporan yang bertanggungjawab selain mengelakkan daripada melangkaui batas kebebasan bersuara," menurut KKD.
Kementerian itu memaklumkan MCMC turut mengambil inisiatif mengadakan beberapa sesi dialog dan libat urus bersama organisasi media bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit.
Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berterusan sebagai suatu langkah inklusif bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih positif, harmoni dan kondusif untuk semua.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Tindakan kawal selia diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bukan untuk menyekat kebebasan media.
Dua anggota polis maut ditembak di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas
Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan posting syarikat media berkaitan pertemuan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik, Hamas.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.